About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Monday 26 September 2011

MENGENALI AIDS DAN HIV


AIDS dan HIV saling berkaitrapat antara satu dengan yang lain. Penyakit ini jika sudah menyerang tubuh manusia,tiada penawar yang dapat mengubatinya kecuali kematian. AIDS merupakan singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Sistem ketahanan badan seorang pesakit AIDS akan musnah dan ini menyebabkan penyakit biasa menjadi berbahaya dan boleh membawa maut.
Manakala HIV pula adalah singkatan bagi sejenis virus yang boleh memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. HIV yang menguasai tubuh seseorang itu menyebabkan ditimpa penyakit AIDS. Seseorang yang kelihatan sihat tidak akan menyedari kehadiran HIV positif yang dihidapinya. Bagi mengujinya, Ujian Antibodi HIV boleh dilakukan di klinik atau di hospital. Namun, seseorang itu perlu diberi kaunseling sebelum dan selepas menjalani latihan tersebut. Ini untuk memastikan pesakit mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi penyakit yang boleh membawa maut. Kita tidak mahu, pesakit terlebih dahulu tewas sebelum berjuang meneruskan kehidupan.                                                                                                                                                      Bagaimanakah HIV ini boleh merebak? Sebenarnya HIV merebak melalui pemindahan cecair badan seseorang yang telah dijangkiti penyakit kepada seseorang yang lain apabila mereka melakukan hubungan seks. Ini biasanya berlaku jika mengamalkan seks luar nikah. Sebagai langkah pencegahan, dicadangkan penggunaan kondom.
Sebab yang kedua ialah penggunaan dadah. HIV boleh merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah ke dalam tubuh. Penagih yang dalam keadaan kurang sedar dan mahu berjimat tidakmemikirkan risiko yang bakal ditempuh. Lagipun kesan penagihan dadah sendiri sudah boleh membawa maut.
Sebab ketiga, seseorang ibu yang mengandung dan telah dijangkiti HIV boleh merebakkan HIV kepada bayi yang ada di dalam kandungan atau sewaktu bayi itu dilahirkan. Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan, jelaslah HIV dan AIDS penyakit yang berbahayadankita patut menghindari dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

NUKILAN : NAJIHAHZULFIKRI :)

No comments:

Post a Comment