About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Saturday 30 April 2011

gejala ponteng sekolah


Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa 50% pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Persoalan inilah yang akan dikupasdalam rencana ini disamping akan turut dicadangkan langkah-langkah menangani fenomena negatif ini.

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari disamping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan dating ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga meembuatkkan pelajar bosan lalau ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apapun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikarkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

by reezwana

Cara-cara Menghormati Warga Emas


Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Slogan ini sering dilaungkan dalm usaha negara menyemai semangat dalam kalangan belia untuk memajukan negara. Namun, itu tidak bermakna warga emas atau warga tua disisihkan  dalam hidup kita. Tanpa mereka tiadalah golongan belia pada hari ini. Warga emas harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pelbagai cara.


    Kita dapat membuktikan rasa hormat kita kepada warga emas dengan memberikan perhatian kita kepada mereka. Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar mengunjungi rumah orang tua-tua. Program Ibu Bapa Angkat wajar diwujudkan bagi mengubat kerinduan warga emas terhadap anak-anak atau cucu-cucu mereka. Melalui program ini pelajar akan dapat menyemai nilai hormat terhadap orang tua.
    Bukan itu sahaja cara kita menunjukkan penghargaanterhadap warga wmas. Sebagai anak, kita haruslah menjaga orang tua kita apabila mereka sudah tidak berdaya. Kita haruslah mencurahkan kasih sayang kepada mereka sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu kita masih kecil. Hati mereka tidak boleh disakiti walau dalam apa jua keadaan.
    Tuntasnya, warga tua sememangnya amat penting dalam kehidupan kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab, kita mesti berusaha untuk menyenangkan hati mereka agar kita tidak dikatakan bersikap seperti kacang lupakan kulit.
by reezwana

Faedah Seni Mempertahankan Diri


 Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menentang seteru atau melindungi keselamatan diriserta keluarga. Dengan perkembangan teknologi, seni mempertahankan diri tidak lagi digunakan untuk bertempur semata-mata. Kini,seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai.
    Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh menjadikannya sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan. Pergerakan serta langkah yang menjadi elemen seni mempertahankan diri mampu menggerakkan semua otot tubuh kita. Seni mempertahankan diri ‘tai-chi’ sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.

    Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak. Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.

    Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan seharian.

    Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan kerana amat relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita harus mempertahankannya agr seni yang unik ini tidak pupus ditelan zaman dan terus segar bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.  

by reezwana

The Role of a Teacher

 There is no denying the fact that the role of a teacher in a student's life is of great importance. Teachers make an impact on a student's life from the time he or she steps into s nursery school right up to the launching of his or her career. Indeed, their functions go way beyond the confines of the classroom.
   A teacher's role is primarily to facilities education. Good education is the foundation of a successful adult and a progressive nation. Teachers have the ability to develop a liking or dislike among their students for the subjects they teach. They are truly capable of inspiring students to develop their cognitive process and choose the right path in their pursuit of quality education.
   These days, more and more children grow up in households where both parents have to work. Thus children look to their teachers for help, guidance and advice. Although teachers cannot replace the role of parents, they play a crucial role in layingthe foundation for developing a child's personality.
   Teachers also play the role of a counsellor to students. They often become friends and confidants of students who need help with their personal problems. In the process, they help in the emotional development of students. When studentsfail to have a channel for venting their frustractin or discussing their feelingswith people at home, they will seck out the next figure of authority, namely their teacher.
   The role of a teacher, therefore, is not just limited to the imparting of knowledge to students. They also help to shape the bright future of the children under their care.
    by reezwana

Kebaikan Iklan Kepada Pengguna



Dunia pengiklanan cukup luas dan mencabar. Sering kali kita disogokkan dengan kepelbagaian kaedah pengiklanan dan kepelbagaian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan pengaruh iklan kepada pengguna, namun terdapat kebaikan yang diperoleh pengguna di sebalik paparan iklan-iklan tersebut.

    
    Keghairahan dunia pengiklanan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pemilihan yang terbaik. Pengguna berhak memilih produk atau perkhidmatan yang berkualiti, berbaloi dari segi harga agar alah membeli, menang memakai.
    
    Selain itu, pengguna dapat mengetahui sebarang peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui ruangan iklaneka di akhbar atau melalui radio dan televisyen. Mereka tidak perlu memanjat tangga ke setiap syarikat untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat sendiri.
    
    Tuntasnya, iklan amat berguna kepada kita sebagai pengguna. Namun, kita perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan daya kreativiti para pengiklan untuk menarik pelanggan.


by reezwana

Friday 29 April 2011

ESSAYS :Picnic With Family

It was an ideal day for for a picnic. The skies were clear and blue, and it was bright and sunny. My father drove us far into the countryside. We were happy to leave behind the hustle and bustle of the crowded city.

After an hour, we reached a grassy place beside a babbling stream. We rested under shady trees for a while . My sister and I gathered wild flowers. Soon my brother called us for a game. We played hide-and-seek. Mother had already spread out a chequered picnic cloth on the ground. She laid out all the food that we had packed early on. We had cucumber sandwiches, sponge cakes, apples and bananas. Father poured out iced milointo paper cups. We watched the birds as the sun set.

Soon, it was time to go home. It was an enjoyable day and we had a peaceful and quiet time at the countryside. We decided to come again another day.

Thursday 28 April 2011

Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

            Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam hidup manusia.Kebersihan mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak terhad kepada menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk memelihara kebersihan alam sekitar.
            Amalan menjaga kebersihan alam sekitar seharusnya bermula di rumah.Ibu bbapa perlu menunjukkan teladan kepada ahli keluarga yang lain.Mereka boleh mengarahkan anak-anak untuk membantu mereka membersihkan kawasan rumah.Anak-anak dibahagikan kerja mengikut kapasiti masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat takungan air dan menanam bunga-bungaan bagi mencantikkan pemandangan.
            Di samping itu,aktiviti gotong-royong patut sering diadakan di kawasan perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan membersihkan taman permainan kanak-kanak.Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan serta mengindahkan alam sekitar,malah dapat mengeratkan ikatan perpaduan antara kaum.
            Konklusinya,aspek kebersihan mestilah ititikberatkan dalam kehidupan kita.Setiap orang di negara ini harus bersama-sama menggalas tanggungjawab memelihara persekitaran bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yang sihat.

Tentang Penyakit Kanser

            Penyakit kanser telah meragut beribu-ribu nyawa pada setiap tahun.Terdapat beberapa jenis kanser yang sering kita tonton dan dengar melalui media masa.Kanser payudara dan servik sering menyerang kaum wanita.terdapat juga kanser tulang,darah dan jenis kanser lain.
            Sebagai masyarakat yang prihatin,kita perlu kerap melakukan pemeriksaan kesihatan bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan di hospital atau klinik secara berkala.Hal ini kerana kanser jika dapat didiagnosis pada peringkat awal lebih mudah untuk diubati.
            Bukan itu sahaja,kita perlu mendapat maklumat yang tepat tentang penyakit kanser melalui wahana yang betul.Sebagai contoh,dapatkan maklumat melalui ceramah kesihatan yang sering diadakan,risalah dan majalah kesihatan.perkara ini penting untuk mengelakkan sebarang salah anggap yang boleh melemahkan semangat penghidap kanser.
            konklusinya,kanser amat ditakuti oleh semua lapisan masyarakat.Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  telah bertindak menyalurkan maklumat terkini melalui pelbagai cara kepada masyarakat.Kini,pihak masyarakat juga perlu peka dengan kesihatan diri demi keluarga dan negara tercinta.

THE TROUBLE WITH THE SEGWAY

The Segway hasn't delivered on its initial promise, to put it mildly. There are several reasons why, but one is that people don't want to be seen riding them. Someone riding a Segway looks like a dork.

My friend Trevor Blackwell built his own segway, which we called the Segwell. He also built a one-wheeled version, the eunicycle, which looks exactly like a regular unicycle till you realize the rider isn't pedaling. He has ridden them both to downtown Mountain View to get coffee. When he rides the Eunicycle, people smile at him. But when he rides the Segwell, they shout abuse from their cars: "Too lazy to walk, ya fuckin homo?"

Why do Segways provoke this reaction? The reason you look like a dork riding a Segway is that you look smug. You don't seem to be working hard enough.

Someone riding a motorcycle isn't working any harder. But because he's sitting astride it, he seems to be making an effort. When you're riding a Segway you're just standing there. And someone who's being whisked along while seeming to do no work—someone in a sedan chair, for example—can't help but look smug.

Try this thought experiment and it becomes clear: imagine something that worked like the Segway, but that you rode with one foot in front of the other, like a skateboard. That wouldn't seem nearly as uncool.

So there may be a way to capture more of the market Segway hoped to reach: make a version that doesn't look so easy for the rider. It would also be helpful if the styling was in the tradition of skateboards or bicycles rather than medical devices.

Curiously enough, what got Segway into this problem was that the company was itself a kind of Segway. It was too easy for them; they were too successful raising money. If they'd had to grow the company gradually, by iterating through several versions they sold to real users, they'd have learned pretty quickly that people looked stupid riding them. Instead they had enough to work in secret. They had focus groups aplenty, I'm sure, but they didn't have the people yelling insults out of cars. So they never realized they were zooming confidently down a blind alley.

HEIR CONDITIONING

Grand dad did you breathe
before air cons were invented?
was it hard staying
alive without modern inventions?
Grandma weren't you flustered
as you fluttered with paper fans?
could you communicate before
faxes and long distance calls
became basic necessities?

Grandchild we lived
before your age. Because
of our ignorance,
we did not know
pollution, stress, traffic jams
destruction of forests, streams and
hills
we feared God and nature
now nature fears you and
money is your new God.

TWO FROGS

A group of frogs were traveling through the woods, and two of them
fell into a deep pit. When the other frogs saw how deep the pit
was, they told the two frogs that they were as good as dead. The
two frogs ignored the comments and tried to jump up out of the pit
with all their might. The other frogs kept telling them to stop,
that they were as good as dead. Finally, one of the frogs took
heed to what the other frogs were saying and gave up. He fell down
and died.

The other frog continued to jump as hard as he could. Once again,
the crowd of frogs yelled at him to stop the pain and just die. He
jumped even harder and finally made it out. When he got out, the
other frogs said, "Did you not hear us?" The frog explained to
them that he was deaf. He thought they were encouraging him the
entire time.

This story teaches two lessons:

1. There is power of life and death in the tongue. An encouraging
word to someone who is down can lift them up and help them make it
through the day.

2. A destructive word to someone who is down can be what it takes
to kill them.

Be careful of what you say. Speak life to those who cross your
path. The power of words... it is sometimes hard to understand
that an encouraging word can go such a long way. Anyone can speak
words that tend to rob another of the spirit to continue in
difficult times. Special is the individual who will take the time
to encourage another.

THE BEAUTY

The beauty
Of a simplicity-life
And the beauty
Of a self-giving heart
Have no equal.

May beauty be my mind's
Immediate choice.
May beauty be my heart's
Perfect voice.

Beauty
Is my heart's
Mind-transcendence-hope.

LEISURE

What is this life if, full of care,
We have no time to stand and stare.

No time to stand beneath the boughs
And stare as long as sheep or cows.

No time to see, when woods we pass,
Where squirrels hide their nuts in grass.

No time to see, in broad daylight,
Streams full of stars, like skies at night.

No time to turn at Beauty's glance,
And watch her feet, how they can dance.

No time to wait till her mouth can
Enrich that smile her eyes began.

A poor life this is if, full of care,
We have no time to stand and stare.

MR. NOBODY

I know a funny little man,
    As quiet as a mouse,
Who does the mischief that is done
    In everybody’s house!
There’s no one ever sees his face,
    And yet we all agree
That every plate we break was cracked
    By Mr. Nobody.

’Tis he who always tears out books,
    Who leaves the door ajar,
He pulls the buttons from our shirts,
    And scatters pins afar;
That squeaking door will always squeak,
    For prithee, don’t you see,
We leave the oiling to be done
    By Mr. Nobody.

The finger marks upon the door
    By none of us are made;
We never leave the blinds unclosed,
    To let the curtains fade.
The ink we never spill;   the boots
    That lying round you see
Are not our boots,—they all belong
    To Mr. Nobody.

The Rivers

The river’s a wanderer,
A nomad, a tramp.
He doesn't choose any one place
To set up his camp.

The river’s a winder,
Through valley and hill
He twists and he turns,
He just cannot be still.

The river’s a hoarder,
And he buries down deep
Those little treasures
That he wants to keep.

The river’s a baby,
He gurgles and hums,
And sounds like he’s happily
Sucking his thumbs.

The river’s a singer,
As he dances along,
The countryside echoes
The notes of his song.

The river’s a monster,
Hungry and vexed,
He’s gobbled up trees
And he’ll swallow you next.

As I Advanture To The Wood

As I ventured to the wood,
I stopped to draw on dewy air; let
Droplets shimmer in my hair, that
Rested on my tranquil head – as
In a sense of cosy bed.

As I ventured to the wood,
A gesturing cuckoo perched above,
And then in song with cooing dove,
‘You're welcome’, bade he, ’Enter please
To roam our land with gentle breeze.’

As I ventured to the wood,
A fallow deer of limpid eye
Gave care to glance at lucky I.
The heavenly aura 'bout her glow had
Charmed me, like a fine Bordeaux.

As I ventured to the wood,
A dazzling flower waved her face
In blazing show of dance and chase, and
Reddened bright in shade of dawn, she
Flirted like a prancing fawn.

As I ventured to the wood,
A butterfly had graced my arm,
And knowing I bid him no harm, he
Splayed for me hypnotic wing in
Colours for to urge me sing!

As I ventured to the wood,
The radiant sun shone down on me.
He flushed and beamed ‘I say to thee,
You bless your land; be filled with pride, and
Cherish e’er yon countryside! ’

Karangan Gambaran

            Melancong ke luar negara memang dapat menambahkan pengetahuan seseorang.Pada cuti penggal yang lepas,keluarga kami telah melawat ke bandar raya Singapura.Kunjungan ini merupakan kali pertama saya ke`Kota Singa' yang terkenal di seluruh dunia.
            Apabila bas pesiaran masuk ke Kota Singa,saya terpegun melihat begitu banyak bangunan pencakar langit.Bangunan-bangunan di situ tersusun rapi dan mempunyai keindahan arkiteknya yang tersendiri.Bangunan-bangunan ini mengingatkan saya tentang bandar raya Kuala Lumpur yang juga mempunyai banyak bangunan pencakar langit yang unik dan indah.
             Apabila saya memandang ke luar tingkap bas,saya dapati jalan raya di sekitar bandar raya ini penuh sesak dengan pelbagai jenis kenderaan.Kereta-kereta yang bergerak di sekitar bandar raya ini kelihatan baharu belaka.Jalan raya di sini amat luas dan bersih.Saya berasa kagum dengan warga kota yang dapat menjadikan kawasan di sekitar bandar raya ini begitu bersih.Kesedaran sivik yang sedemikian harus dicontohi.
             Pusat beli-belah di bandar raya ini besar-besar belaka.Di dalamnya terdapat pelbagai jenis barangan keperluan seharian dan bermacam-macam lagi barangan import dari serata pelosok dunia.Satu lagi perkara yang saya lihat adalah tidak ada orang yang merokok di tempat-tempat awam.Tambahan pula,di sekitar bandar ini juga bersih sekali.Warga kota secara amnya bersopan dan mesra.
             Saya kagum dengan kebersihan dan keindahan Kota Singa.Apabila saya kembali ke tempat tinggal saya sendiri,saya akan menjaga kebersihan di tempat tinggal saya pula.Keindahan dan kebersihan bandar raya Singapura memang memberikan kesedaran yang tidak terhingga bagi diri saya.

Wednesday 27 April 2011

heir conditioning

Grand dad did you breathe
before air cons were invented
was it hard staying
alive without modern inventions?
Grandama weren't you flustered
as you fluttered with paper fans?
Could you communicate before
faxes and long distance calls
became basic necessities?

Grandchild we lived
before your age. Because
of our ignorance,
we did not know
pollution, stress, traffic jams
destruction of forests, streams and
hills
we feared God and nature
now nature fears you and
money is your new God

Aku Sebidang Permaidani

          Aku sebidang permaidani.Aku dilahirkan di kilang yang terletak di Kelang,Selangor.Aku diperbuat daripada bulu kambing yang lembut.Aku berwarna biru laut.

         Setelah siap,aku dibawa ke sebuah kedai permaidani di Bandar Shah Alam.Aku ditempatkan di hadapan kedai supaya orang yang lalu-lalang boleh melihat aku dan tertarik lalu membeli aku.Keesokan harinya,ada seorang wanita datang ke kedai dan membelek rakan-rakanku yang lain.Aku berfikir mungkin wanita itu tertarik dan mahu membeli rakanku itu.Tetapi,apabila wanita itu terpandangkan aku dia terus bersetuju mahu membeli aku.

        Aku berasa sangat gembira.Sesampainya aku di rumah tuanku itu aku diletakkan di dalam bilik stor.Pada suatu hari,aku dikeluarkan oleh tuanku.Rupa-rupanya,aku dikeluarkan untuk dihamparkan pada ruang tamu pada majlis perkahwinan anaknya.                                                                                                                    


        Ada budak lelaki yang berlari-lari sambil membawa air.Secara tidak sengaja budak itu jatuh tergelinjir dek kerana licin.Air itu tertumpah ke atas badanku.Tuanku pula tidak membasuh aku selepas air itu tertumpah ke atasku.

        Tuanku terus menyimpan aku ke dalam bilik stor.Rupa-rupanya aku telah menjadi perhatian semut,tikus dan juga lipas.Habis badanku koyak rabak  disebabkan digigit oleh semut,tikus dan lipas.Tamatlah riwayatku.Mungkin inilah takdir.
              

Peribahasa

            `Genggam bara api biar sampai jadi arang' bermaksuh membuat sesuatu pekerjaan yang susah,hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa ini bertentangan dengan satu lagi peribahasa yang berbunyi hangat-hangat tahi ayam.Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baikuntuk mereka yang ingin mencapai kjayaan dalam hidupnya.
            Salah satu contoh dalam hidup kita yang perlukan nasihat yang sedemikian ialah semasa menerima pendidikan di sekolah.Tidak kira sama ada kita berada di sekolah rendah,di sekolah menengah atau di universiti.Apabila didapati ada mata pelajaran yang sukar,kita haruslah bersabar dan terus berusaha sehingga mata pelajaran yang pada mulanya susah itu kita fahami pada akhirnya.
           Aku masih ingat lagi,Radin,iaitu rakan sekelasku semasa kami berada di tahun enam beberapa tahun yang    lalu.Pada awal tahun,dia tidak pernah lulus dalam semua ujian Matematiknya.Namun demikian,dia sering mengingatkan dirinya supaya bersabar.Langkah yang seterusnya,dia telah memperuntukkan masa selama sejam sehari untuk membuat ulang kaji Matematik sahaja.Di samping selalu bertanyakan guru Matematiknya,Radin sering berbincang denganku soalan-soalan Matematik yang tidak difahaminya.
          Sifat sabar dan rajin berusaha Radin telah membuahkan hasil pada akhirnya.Dalam peperiksaan PMR pada tahun yang sama,dia telah memperoleh gred A dalam matematik.Kisah benar Radin ini membuktikan bahawa dalam hidup ini kita harus mengamalkan semangat genggam bara api sampai jadi arang.

Tuesday 26 April 2011

ceramah

       Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang berusaha Tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni,Puan Hajah Saleha Tumin,guru-guru,para pelajar,dan hadirin sekalian.Lebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ceramah yang bertajuk,"Gejala  Vandalisme di Sekolah".
  
Hadirin yang dihormati,
         Vandalisme dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu perlakuan dendam, dan conteng.Biasanya,mereka  terlibat dalam yang berusia sekitar 15 tahun hingga 21 tahun.Antara tempat yang sering menjadi tumpuan termasuklah telefon awam,papan tanda,dinding tandas,peralatan sekolah,dan sebagainya.
          Pelbagai faktor yang mempengaruhi gejala vandalisme ini.Antara punca utama termasuklah pengaruh rakan sebaya.Golongan remaja amat mudah terpengaruh oleh persekitarannya.Desakan rakan sebaya dan sikap tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan mendorong situasi ini berlaku.Keadaan ini secara tidak lansung dapat mencorakkan sikap,nilai,serta tingakh laku mereka.
          Ibu bapa dapat menjadi penyebab kepada masalah ini juga.Remaja yang terjebak lazimnya lahir daripada keluarga bermasalah.Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga  mengabaikan keperluan dan kasih sayang akan menyebabkan anak-anak berasa tersisih.Sikap ambil mudah dan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dapat menyebabkan anak-anak akan melakukan perkara di luar kawalan.
           Selain itu,ibu bapa tidak harus memandang remeh aspek pembentukan akhlak menerusi nilai-nilai agama juga.Didikan agama dan amalan ajaran agama amat penting untuk membentuk jiwa anak-anak yang masih mudah dilentur ini.Hanya nilai agama yang dapat membentengi jiwa mereka dalam menghadapi pelbagai gejala negatif.

Hadirin yang budiman,
            Saya benar-benar berharap agar gejal vandalisme ini dapat dibanteras melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.Semua pihak memainkan peranan penting untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai harta benda awam.
             Sekian,terima kasih

Monday 25 April 2011

speech

         Good morning,Puan Faridah,our dear principal,all our beloved teachers and fellow students.

          Today we celebrate a very special day,Teachar's Day,a day when we thank our teachaer who have done so much to help us become who we are.There are many teachaers around,but there are not many good teachers.I am pround to say that our school,Sekolah Menengah Sri Bestari,has more than our fair share of share of good teachers!
           It is because of the care shown by our teachers that we do not have any serious discipline problems like other schools.Our teachers motivate us to be our best.Also,our scholl constantly produces top scorers for the PMR and SPM examinations.Who are the district champions for football and field events?We are.This year,our girls have done well,and we are the runners-up in the staste netball tournament.
           Dear teachers,thank you so much for you time and dedication.We have learnt so much fromyou and we still have so much more to learn.let's give our teachers three cheers-hip,hip,hooray!

i wonder

I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?

Who taught the birds to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O,when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?

Who lights the stars,when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy clouds so high?

Why is it now,do you suppose,
That Dad won't tell me,if he knows?

Saturday 23 April 2011

karangan fakta

  Air merupakan keperluan utama kepada semua kehidupan.Tanpa air,kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan,dan haiwan menjadi sukar.Krisis air yang melanda negara sedikit masa dahulu mengukuhkan lagi pendapat tersebut.Sumber air dari kolam,laut,sungai,dan tasik dapat membekalkan air kepada manusia.
  Manusia dan air tidak dapat dipisahkan malah air amat diperlukan dalam semua urusan harian.Manusia memerlukan air untuk keperluan makanan dan minuman.Tubuh badan kita memerlukan air dalam kuantiti yang banyak.Tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.Tanpa air,sudah tentu penyediaan makanan dan minuman tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
  Manusia memerlukan pakaian untuk melindungi tubuh dan pakaian yang telah digunakan perlu dicci.pakaian yang bersih dapat memberikan keselesaan kepada pemakainya.Selain itu,manusia perlu membersihkan badan bukan saja untuk membuang kekotoran tetapi juga untuk kesihatan dan kesegaran.Oleh itu,manusia perlu mandi dua hingga tiga kali sehari.
  Air sangat penting kepada para petani untuk menyiram tanaman merka juga.Tanaman yang kekurangan air akan layu dan seterusnya mati.Oleh itu,bekalan air banyak diperlukan  khususnya pada musim kemarau bagi menjamin kesuburan tanaman.Jika tanaman itu mati,bukan petani saja mengalami kerugian,malah sumber makanan itu tidak dapat dibekalkan kepada masyarat juga.
  Oleh itu, kita perlulah berhemat apabila menngunakan air.Janganlah kita hanya tahu beringat apabila negara dilanda krisis air hingga bekalan air terpaksa dicatu.Oleh itu, kita hendaklah sentiasa "beringat sebelum kena" dan "berjimat sebelum habis".
 

Friday 22 April 2011

KARANGAN BERITA..

KUALA LUMPUR, 16 Februari-Beberapa kawasan hutan di sekitar Lembah Klang terbakar dalam tepoh bebedrapa hari kebelakangan ini, ekoran daripada musim kemarau berpanjangan dan angin kuat yang berlaku ketika ini. Kawasan hutan yang terbakar sejak beberapa hari lepas dikatakan telah merebak semula. Kebakaran tersebut memusnahkan berpuluh-puluh sekitar kawasan hutan di negeri itu.Antara kawasan hutan yang dikenal pasti musnah terbakar termasuklah di Wangsa Maju, di Bukit Setiawangsa, di Jalan Ipoh,di Kepong , dan Bukit Lanjan di Damansara .

  Pihak Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan ketika ditemui pemberita semalam , sedang bertungkus lumus mengawal api yang marak di kawasan Bukit Setiawangsa. Hal ini adalah bagi mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan yang berhampiran.. Sebuah helikopter turut digunakan untuk membantu kerja-kerja memadamkan api, khususnya di kawsan puncak bukit. Sehingga berita ini ditulis, kebakaran di kawasan Bukit Setiawangsa telahmemusnahkan kira-kira 100 ekar hutan.

  Penguasa Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan,Abu Obaidat Mohamed yang berada di tempat kejadian itu berkata, api berkata, api merebak terlalu cepat sebagai akibat angin kuat dan keadaan yang kering . Hal ini begitu menyukarkan pihak bomba tambahan pula di kawasan bukit itu, hanya terdapat sebatang anak sungai cete. Keadaan tersebut telah menyukarkan pihak bomba mendapatkan bekalan air untuk memadamkan  api. Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka pada waktu ini. Beliau turut melarang orang awam membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
  
  "Mereka yang berkelah atau berkhemah di kawasan hutan juga diminta tidak memasang unggun api dalam keadaan cuaca kering begini. Hal ini adalah  bagi mengelakkan api daripada merebak sekiranya api tidak dipadamkan sepenuhnya," tambah beliau lagi.


  Pembakaran sampah sarap secara terbuka yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini banyak menimbulkan masalah kepada semua pihak. Antaranya, keadaan menjadi semakin panas kerana cuaca makin tidak tentu. bukan itu sahaja, keadaan udara yang berjerebu dan kurang bersih akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti batuk dan sakit kepala. Selain itu, semakin banyak kahidupan musnah sebagai akibat pambakaran secara terbuka ini.

Saturday 16 April 2011

GEJALA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

Sunday 10 April 2011

Sekolah Dari Thailand Datang Ke SMKSB..

Pelabagai aktiviti dijalankan.

..Koleksi gambar-gambar..