About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Saturday, 23 April 2011

karangan fakta

  Air merupakan keperluan utama kepada semua kehidupan.Tanpa air,kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan,dan haiwan menjadi sukar.Krisis air yang melanda negara sedikit masa dahulu mengukuhkan lagi pendapat tersebut.Sumber air dari kolam,laut,sungai,dan tasik dapat membekalkan air kepada manusia.
  Manusia dan air tidak dapat dipisahkan malah air amat diperlukan dalam semua urusan harian.Manusia memerlukan air untuk keperluan makanan dan minuman.Tubuh badan kita memerlukan air dalam kuantiti yang banyak.Tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.Tanpa air,sudah tentu penyediaan makanan dan minuman tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
  Manusia memerlukan pakaian untuk melindungi tubuh dan pakaian yang telah digunakan perlu dicci.pakaian yang bersih dapat memberikan keselesaan kepada pemakainya.Selain itu,manusia perlu membersihkan badan bukan saja untuk membuang kekotoran tetapi juga untuk kesihatan dan kesegaran.Oleh itu,manusia perlu mandi dua hingga tiga kali sehari.
  Air sangat penting kepada para petani untuk menyiram tanaman merka juga.Tanaman yang kekurangan air akan layu dan seterusnya mati.Oleh itu,bekalan air banyak diperlukan  khususnya pada musim kemarau bagi menjamin kesuburan tanaman.Jika tanaman itu mati,bukan petani saja mengalami kerugian,malah sumber makanan itu tidak dapat dibekalkan kepada masyarat juga.
  Oleh itu, kita perlulah berhemat apabila menngunakan air.Janganlah kita hanya tahu beringat apabila negara dilanda krisis air hingga bekalan air terpaksa dicatu.Oleh itu, kita hendaklah sentiasa "beringat sebelum kena" dan "berjimat sebelum habis".

No comments:

Post a Comment