About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Wednesday 27 April 2011

Aku Sebidang Permaidani

          Aku sebidang permaidani.Aku dilahirkan di kilang yang terletak di Kelang,Selangor.Aku diperbuat daripada bulu kambing yang lembut.Aku berwarna biru laut.

         Setelah siap,aku dibawa ke sebuah kedai permaidani di Bandar Shah Alam.Aku ditempatkan di hadapan kedai supaya orang yang lalu-lalang boleh melihat aku dan tertarik lalu membeli aku.Keesokan harinya,ada seorang wanita datang ke kedai dan membelek rakan-rakanku yang lain.Aku berfikir mungkin wanita itu tertarik dan mahu membeli rakanku itu.Tetapi,apabila wanita itu terpandangkan aku dia terus bersetuju mahu membeli aku.

        Aku berasa sangat gembira.Sesampainya aku di rumah tuanku itu aku diletakkan di dalam bilik stor.Pada suatu hari,aku dikeluarkan oleh tuanku.Rupa-rupanya,aku dikeluarkan untuk dihamparkan pada ruang tamu pada majlis perkahwinan anaknya.                                                                                                                    


        Ada budak lelaki yang berlari-lari sambil membawa air.Secara tidak sengaja budak itu jatuh tergelinjir dek kerana licin.Air itu tertumpah ke atas badanku.Tuanku pula tidak membasuh aku selepas air itu tertumpah ke atasku.

        Tuanku terus menyimpan aku ke dalam bilik stor.Rupa-rupanya aku telah menjadi perhatian semut,tikus dan juga lipas.Habis badanku koyak rabak  disebabkan digigit oleh semut,tikus dan lipas.Tamatlah riwayatku.Mungkin inilah takdir.
              

No comments:

Post a Comment