About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Thursday, 28 April 2011

Cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

            Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam hidup manusia.Kebersihan mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak terhad kepada menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk memelihara kebersihan alam sekitar.
            Amalan menjaga kebersihan alam sekitar seharusnya bermula di rumah.Ibu bbapa perlu menunjukkan teladan kepada ahli keluarga yang lain.Mereka boleh mengarahkan anak-anak untuk membantu mereka membersihkan kawasan rumah.Anak-anak dibahagikan kerja mengikut kapasiti masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat takungan air dan menanam bunga-bungaan bagi mencantikkan pemandangan.
            Di samping itu,aktiviti gotong-royong patut sering diadakan di kawasan perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan membersihkan taman permainan kanak-kanak.Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan serta mengindahkan alam sekitar,malah dapat mengeratkan ikatan perpaduan antara kaum.
            Konklusinya,aspek kebersihan mestilah ititikberatkan dalam kehidupan kita.Setiap orang di negara ini harus bersama-sama menggalas tanggungjawab memelihara persekitaran bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yang sihat.

2 comments: