About Me

1:)Nurul Nazuha 2:)Nurul Adila 3:)Najihah 4:)Nur Reezwana 5:)Atiqah Najwa 6:)Siti Nur Adlina 7:)Eliene Anissa
^selamat datang^

Monday 2 May 2011

Gaya Hidup Sihat

SECARA psikologi kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi kenaikan harga barangan keperluan. Dengan perkataan lain, kenaikan harga tidak dapat dielakkan. Meskipun harga meningkat, tidak bererti peniaga akan menambah keuntungan terutama kalangan peniaga kecil. Senario bagi tingkah laku pasaran juga mungkin agak berubah. Boleh dikatakan perubahan harga bahan api tempoh hari adalah perubahan daripada struktur harga dan bukannya disebabkan faktor kenaikan bersenggat - sama ada secara semula jadi akibat daripada permintaan dan tawaran atau secara dikawal untuk mengurangkan tempias kenaikan harga mendadak. Senario tingkah laku pengguna akhir juga akan berubah. Ada kemungkinan besar pengguna akan membelanjakan pada kadar yang paling sedikit sementelah kuasa membeli semakin mengecil. Ini akan menjadikan beberapa barangan yang ditawarkan tidak dibeli oleh pengguna. Mungkin gaya perbelanjaan juga berubah. Jika dahulu sesuatu barangan yang dianggap murah sekarang termasuk dalam kategori mewah. Ini yang menuntut kita supaya lebih berhemah.

Penulis pernah ditegur oleh salah seorang bapa saudara apabila merungut harga bahan api naik. Beliau berkata: "Engkau mungkin dah lupa arwah abah kau dulu lebih rasa susah bila harga minyak naik". Penulis tersentak dengan kebenaran kata-kata bapa saudara itu. Seolah-olah dulu tidak pernah alami harga naik. Hakikat harga barang akan naik dan upah pun naik kemudian berulang. Lumrah alam. Penulis merenung jauh mengingatkan kembali betapa susahnya orang dulu. Sesusah kita susah lagi orang dahulu. Penulis juga ada mendengar kalangan jiran yang mengatakan ada kemungkinan mereka akan bertukar menunggang motor daripada memandu kereta. Dan yang sedia menunggang motor akan lebih "sayang" dengan motornya. Penulis terfikir mungkin dengan ini jumlah motosikal di jalan raya akan lebih bertambah. Sedia maklum bahaya menunggang motor berkali ganda berbanding kereta. Cumanya di sini kita berharap agar semua penunggang lebih berhati-hati.

Meskipun begitu ada baiknya jika jalan raya yang dibina lebih mesra penunggang motosikal. Bayangkan pula jumlah motosikal yang berada di jalan-raya waktu pagi dan petang. Bayangkanlah berapa ramai pula orang tersayang yang ditanggung oleh penunggang terbabit. Pernah penulis melihat ada kereta jenama import memotong tanpa memikirkan motosikal di hadapan. Motor tersebut terpaksa beralah. Berterima kasihlah kepada penunggang motosikal kerana mereka mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kurang sesak bermakna kurang penggunaan minyak, dan bermakna jimat wang anda. Berterima kasihlah kepada penunggang motosikal kerana mereka juga mengurangkan penggunaan petrol. Malah mereka juga mesra alam. Dengan kata lain mereka orang paling berjimat cermat sekarang ini.

No comments:

Post a Comment