Isnin, 5 Januari, 2010.
8.30 pagi : Linggam, Ah Siew dan Ali berkumpul di rumah saya.
Kami hendak pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.
Kami menaiki monorel ke Stesen Sentral Kuala
Lumpur.
9.00 pagi : Kami sampai di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Selepas bersarapan, kami pun menaiki teksi menuju
ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Keadaan lalu-lintas di
bandaraya ini masih lagi sesak dengan pelbagai
kenderaan.
10.00 pagi : Teksi yang kami naiki tadi tiba ke destinasinya. Sebaik
sahaja turun dari teksi tersebut, kami dihampiri oleh
dua orang pelancong asing. Mereka bertanyakan arah ke
Muzium Kesenian Islam. Kami pun menerangkan arah
jalan menuju ke muzium tersebut.
10.30 pagi : Setelah membuat pendaftaran, kami terus masuk ke
dalam perpustakaan. Oleh kerana masih awal,
pengunjungnya masih belum lagi ramai. Kami terus
mencari bahan – bahan rujukan untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru kami.
11.30 pagi : Setelah tugasan kami selesai, kami pun balik ke rumah
masing-masing dengan menaiki teksi.
No comments:
Post a Comment